• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 21.7 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) arah Semenyih, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang juga penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pelanggaran antara dua motosikal.

 

Menurutnya, sebuah motosikal dipercayai melanggar bahagian belakang motosikal lain sebelum penunggangnya hilang kawalan dan terjatuh ke laluan sebuah treler yang sedang bergerak.

 

“Akibat kejadian itu, pemandu treler yang tidak menyedari mangsa terjatuh telah melanggar penunggang serta motosikal terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Mangsa, lelaki tempatan berusia 25 tahun, disahkan maut di tempat kejadian.

 

Sementara itu, seorang lagi penunggang motosikal bersama pemboncengnya serta pemandu treler berusia antara 36 hingga 43 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria di talian 012-3268496.

 

Tragedi ini sekali lagi mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa menjaga jarak selamat dan lebih berwaspada, khususnya ketika menunggang di lebuh raya berkelajuan tinggi.

Tags: Gurukemalangan
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan...

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang guru sebuah sekolah antarabangsa di sini cedera ketika cuba merampas objek tajam yang dibawa seorang pelajar berusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd