• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bodoh! Akmal. Memang Bodoh” – Veteran DAP Teng Chang Khim

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
“Bodoh! Akmal. Memang Bodoh” – Veteran DAP Teng Chang Khim
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Teng Chang Khim melontarkan kenyataan biadab terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berhubung isu kegagalan pengambilalihan Sunway Bhd ke atas IJM Corporation Berhad.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Teng tidak berselindung apabila menyifatkan kenyataan Akmal sebagai “bodoh” sambil menegaskan bahawa urusan perniagaan tidak sepatutnya dipolitikkan.

“Saya tidak dapat tidak terpaksa berkata,”Bodoh!”. Satu aktiviti perniagaan yang berlandaskan kepada perkiraan untung rugi juga boleh dipolitikkan.

“Yang rugi adalah pemegang saham. Yang untung hanya segelintir barisan pengurusan tertinggi. Bodoh! Akmal. Memang bodoh,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.

Kenyataan Chang Khim itu hadir sebagai reaksi kepada Akmal yang sebelum ini menyambut kegagalan Sunway memperoleh pegangan terbesar dalam IJM sebagai “kemenangan suara rakyat”.

Menurut Akmal, bantahan terhadap usaha pengambilalihan itu membuahkan hasil apabila Sunway gagal mendapatkan syer terbesar dalam syarikat berkenaan.

“Sunway gagal dapatkan syer terbesar, maksudnya usaha mereka tidak berjaya. Suara rakyat sekali lagi menang,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim kerana didakwa mendengar suara rakyat berhubung isu tersebut.

Terdahulu, pada 12 Januari lalu, Sunway telah mencadangkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk membeli keseluruhan 3.51 bilion saham IJM pada harga RM3.15 sesaham, namun usaha itu tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Teng Chang Khim

Tags: BodohDatuk Dr Muhamad Akmal SalehIJMKetua Pemuda UMNOSunwayTeng Chang KhimVeteran DAP
Share219Tweet137SendShare

Related Posts

Ketua Pemuda UMNO Anggap Eric Lim Sian See Bangang Bodoh, Akan Buat Laporan Polis

Ketua Pemuda UMNO Anggap Eric Lim Sian See Bangang Bodoh, Akan Buat Laporan Polis

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO mengecam Eric Lim Sian See yang didakwa mempermainkan ayat al-Quran menerusi satu hantaran di...

Penyatuan Ummah Diteruskan Walau Ditekan, Dihina, Diugut

Penyatuan Ummah Diteruskan Walau Ditekan, Dihina, Diugut

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan usaha penyatuan ummah akan tetap diteruskan walaupun terpaksa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd