• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahniah! Istana Johor Terima Cucu Ketujuh, Puteri Selamat Dilahirkan

oleh Mohd Arshad
06/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tahniah! Istana Johor Terima Cucu Ketujuh, Puteri Selamat Dilahirkan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Khabar gembira buat seluruh rakyat negeri Johor apabila Istana Johor sekali lagi disinari dengan kehadiran ahli baharu keluarga diraja.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah selamat menerima cucunda ketujuh selepas YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad, 5 April lalu.

Puteri tersebut merupakan anakanda kelima kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Dato’ Dr Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyataan diraja pada Isnin.

Menurut kenyataan berkenaan, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan puterinya berada dalam keadaan sihat walafiat.

“Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Jumaah Majlis Diraja turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesihatan, keceriaan serta keberkatan berterusan kepada Kerabat Diraja Johor,” menurut kenyataan itu.

Berita kelahiran ini nyata mengundang rasa syukur dan kegembiraan dalam kalangan rakyat, sekali gus menambah seri institusi diraja Johor yang sentiasa dekat di hati masyarakat.

Orang ramai turut menzahirkan ucapan tahniah serta doa agar puteri yang dilahirkan membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan keluarga serta negeri Johor.- MYNEWSHUB

**Semasa berita ini dikeluarkan, gambar rasmi baby dan puteri baru belum ada lagi. Gambar utama yang disertakan adalah gambar keluarga TMJ semasa sambutan hari raya Aidilfitri baru-baru ini.

Tags: Bangsa JohorTMJTunku Ismail
Share224Tweet140SendShare

Related Posts

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

Onn Hafiz Harap Sikap Saling Membantu, Menghormati Terus Jadi Budaya Bangsa Johor

Onn Hafiz Harap Sikap Saling Membantu, Menghormati Terus Jadi Budaya Bangsa Johor

26/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap sikap saling membantu dan menghormati terus menjadi budaya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd