• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramanan Minta Ahli PKR Setia Pada Anwar, Bantu Pertahan Kerajaan

oleh Mynewshub
05/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ramanan Minta Ahli PKR Setia Pada Anwar, Bantu Pertahan Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seluruh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa supaya berdiri teguh dan setia bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan berkata, jentera parti harus memainkan peranan membanteras fitnah mengelirukan rakyat serta merosakkan keyakinan terhadap kerajaan.

“Ketika dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia juga tidak terkecuali. Hasil dasar dan polisi Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Anwar telah membuktikan kedudukan ekonomi dan kewangan negara kekal stabil.

“Berdaya tahan serta mampu mengharungi cabaran semasa dengan baik,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Dalam pada itu, beliau meminta jentera PKR Johor memperkemas persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor.

Menurut beliau, kesiapsiagaan, disiplin dan gerak kerja tersusun adalah kunci utama untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PKR.

“Dengan semangat kebersamaan dan keyakinan terhadap kepimpinan parti, kita mampu melangkah lebih jauh.

“Mempertahankan mandat rakyat dan memastikan agenda reformasi terus terlaksana demi masa depan Malaysia yang lebih baik,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ramanan Ramakrishnan Official Media

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimNaib Presidenparti keadilan rakyatPKRRamanansetia
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

DAP Hilang Empat Kerusi, PKR Dan Amanah Masing-Masing Hanya Menang Satu Kerusi

DAP Hilang Empat Kerusi, PKR Dan Amanah Masing-Masing Hanya Menang Satu Kerusi

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) mengalami kemerosotan ketara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila parti komponen utamanya, DAP,...

Tahniah BN, Kini Masa Untuk Melangkah Ke Depan – PMX Anwar

Tahniah BN, Kini Masa Untuk Melangkah Ke Depan – PMX Anwar

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd