• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Kayak Ragut Nyawa Bakal Guru: Wajar Lagi Diteruskan?

oleh Mynewshub
05/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tragedi Kayak Ragut Nyawa Bakal Guru: Wajar Lagi Diteruskan?
Share on FacebookShare on Twitter

NEGARA dikejutkan dengan tragedi dua pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) maut akibat lemas ketika menyertai program pendidikan luar kampus berkayak, Sabtu lalu.

Mangsa ialah Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20 iaitu dua anak muda yang sedang meniti jalan menjadi pendidik kini pergi dalam keadaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Kejadian dilaporkan berlaku apabila sekumpulan pelajar menaiki kira-kira 30 kayak berdepan arus deras di muara Sungai Merbok sehingga menyebabkan beberapa kayak terbalik.

Memetik laporan media, operasi mencari dan menyelamat kemudian menemui kedua-dua mangsa dipercayai tersangkut di bawah pukat pada sebelah malam.

Namun di sebalik ucapan takziah dan janji siasatan, timbul persoalan besar apa sebenarnya keperluan aktiviti berkayak dalam latihan bakal guru?

Program pendidikan luar sering dipertahankan atas alasan membina ketahanan fizikal, kerja berpasukan dan keberanian.

Namun dalam konteks latihan perguruan, sejauh mana aktiviti berisiko seperti berkayak di laut terbuka benar-benar relevan dengan tugas seorang guru di bilik darjah?

Adakah kemahiran mengharungi arus deras menjadi keutamaan berbanding kemahiran pedagogi, pengurusan kelas atau psikologi pelajar?

Lebih membimbangkan, aktiviti seperti itu jelas terdedah kepada faktor luar jangka seperti perubahan arus, cuaca dan tahap kemahiran peserta yang berbeza.

Prosuder operasi standard (SOP) mungkin wujud, realitinya alam tidak sentiasa boleh diramal. Nyawa tidak wajar jadi ‘harga latihan’

Tragedi ini bukan yang pertama melibatkan aktiviti luar pelajar. Setiap kali insiden berlaku, skrip hampir sama siasatan akan dijalankan, SOP diperketatkan.

Namun akhirnya, nyawa sudah terkorban. Dalam kes ini, negara bukan sahaja kehilangan dua individu, tetapi dua bakal guru yang sepatutnya menyumbang kepada masa depan pendidikan.

Kehilangan ini bukan kecil, ia satu kerugian besar kepada masyarakat. Tragedi yang seharusnya menjadi titik perubahan, bukan sekadar episod duka yang berlalu.

Sudah tiba masanya pihak berwajib menilai semula keseluruhan pendekatan program pendidikan luar khususnya yang melibatkan risiko tinggi.

Latihan guru perlu berfokus kepada pembinaan intelek, emosi dan profesionalisme, bukan dengan menguji had keselamatan mereka di kawasan berbahaya. – MYNEWSHUB

Tags: AktivitiBakal guruberkayakInstitut Pendidikan Guru (IPG)lemaspelatihprogram pendidikan luar kampus
Share228Tweet143SendShare

Related Posts

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd