• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

oleh Mynewshub
03/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil halal mereka dibatalkan pihak berkuasa agama negeri, awal bulan ini.

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam.

Menurut beliau, ia susulan penemuan bahan yang diklasifikasikan sebagai ‘mughallazah’ atau najis berat dalam peralatan pembuatan makanan serta serbuk minuman itu.

Kata beliau, semua produk yang dikeluarkan dalam tempoh berkaitan perlu ditarik balik sepenuhnya dan pemantauan akan dilakukan bagi memastikan arahan tersebut dipatuhi.

Bagaimanapun, katanya, tiada tempoh masa khusus ditetapkan untuk tindakan itu, sebaliknya bergantung kepada kedua-dua syarikat terbabit untuk memenuhi semua syarat dan prosedur sebelum dibenarkan memohon semula sijil halal.

“Pemantauan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan terus dilakukan bagi memastikan produk berkenaan tidak lagi berada di pasaran.

“Tindakan segera termasuk rampasan akan diambil sekiranya masih terdapat penggunaan logo halal tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Jabatan Agama Islam Melaka mengesahkan sijil halal dua kilang memproses kopi serta biskut di negeri ini ditarik balik serta-merta selepas didapati menggunakan berus dipercayai daripada bulu babi dalam kerja pembersihan peralatan. – MYNEWSHUB

Tags: Berus Bulu BabibiskutDatuk Rahmad MarimanExco Melakakopisijil halal
Share281Tweet176SendShare

Related Posts

Isu Berus Bulu Babi: Sing Sing Coffee Buat Laporan Polis, MCMC

Isu Berus Bulu Babi: Sing Sing Coffee Buat Laporan Polis, MCMC

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sing Sing Coffee Sdn. Bhd. (Sing Sing Coffee) membuat laporan polis serta mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya...

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd