• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BUDI95 Bukan Duit Kerajaan, Itu Duit Rakyat – Rafizi Ramli

oleh Mynewshub
02/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
BUDI95 Bukan Duit Kerajaan, Itu Duit Rakyat – Rafizi Ramli
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan bahawa pelaksanaan skim BUDI95 bukanlah penyelesaian menyeluruh kepada isu subsidi pukal dan kedudukan ekonomi negara.

Menurut beliau, sebarang usaha pembaharuan ekonomi tidak boleh dilakukan secara separuh masak kerana ia berisiko menimbulkan masalah lebih besar pada masa hadapan.

Rafizi turut mengakui perbezaan pandangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berhubung pendekatan tersebut.

“Budi95 ini nampak popular. Nampak sedap dijual kepada rakyat. Tapi ia tidak menyelesaikan masalah. Ia hanya nampak okay selagi harga minyak rendah. Bila harga minyak melonjak, segala penjimatan yang dibanggakan itu boleh habis terbakar dalam sebulan.

“Masalahnya, duit yang dibakar itu bukan duit kerajaan. Itu duit rakyat. Tugas kerajaan bukan sekadar nampak baik kerana ‘menanggung’. Tugas kerajaan ialah menguruskan wang rakyat dengan cara yang paling bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, pendekatan populis hanya memberi kelegaan sementara dan tidak mencerminkan pengurusan kewangan yang berhemah.

“Sebab itu saya cakap terus terang. Lebih baik kita kena maki sekarang. Lebih baik kita tak popular sekarang. Daripada kita tendang masalah ini kepada generasi seterusnya dan buat-buat seolah-olah semuanya masih terkawal. Itu bukan kepimpinan. Itu tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rafizi turut mengambil contoh Norway yang menurutnya mengurus hasil minyak dengan lebih berdisiplin demi kepentingan jangka panjang rakyat.

Katanya, Malaysia tidak seharusnya mengambil pendekatan jangka pendek yang hanya menguntungkan keadaan semasa, tetapi perlu memastikan dasar yang dilaksanakan benar-benar mampan.

“Sebab itu saya kata, kalau nak selesai, selesaikan betul-betul. Jangan buat dasar yang nampak popular hari ini, tetapi pecah semula esok,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Rafizi Ramli

Tags: Ahli Parlimen PandanBUDI RON95Datuk Seri Rafizi RamliDuit Rakyat
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Berlaku Gelombang Sokongan Kepada BN Rentas Semua Kaum Dan Umur – Rafizi

Berlaku Gelombang Sokongan Kepada BN Rentas Semua Kaum Dan Umur – Rafizi

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengasas parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli berpandangan berlaku peralihan sokongan pengundi yang ketara kepada Barisan Nasional...

PRN Johor: Pengundi Cina Tunjuk Sikap Terbuka Terhadap Bersama?

PRN Johor: Pengundi Cina Tunjuk Sikap Terbuka Terhadap Bersama?

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Seorang penyokong parti Bersama mendakwa antara 40 hingga 50 peratus pengundi Cina yang beliau temui dalam kempen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd