• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Bersepadu Buru Pati Di Esszone Diteruskan – Komander Esscom

oleh Ahmad Albab
11/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Operasi bersepadu khas bagi memburu pendatang tanpa izin (PATI) di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) tetap diteruskan walapun terdapat dakwaan operasi berkenaan menjejaskan ekonomi di zon tersebut.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun berkata operasi berkenaan tidak akan dihentikan malah operasi giat dijalankan di enam daerah – Kudat, Sandakan, Lahad Datuk, Kunak, Semporna dan Tawau itu akan diperluas lagi ke daerah lain di Esszone.

Katanya, operasi bersepadu yang diselaraskan Esscom itu disertai pelbagai agensi penguatkuasaan kerajaan negeri dan Persekutuan, bertujuan membebaskan Esszone daripada aktiviti penyeludupan dan PATI.

“Esscom tidak akan berkompromi ke atas pihak yang melindungi PATI termasuk majikan dan pemimpin di peringkat akar umbi,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan ceramah integriti dan keselamatan penjawat awam di Esszone, dekat sini hari ini.

Abdul Rashid berkata susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai PATI di Sabah (RCI) serta arahan daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman agar langkah berterusan dijalankan dengan operasi besar-besaran dilancarkan bagi membanteras kehadiran PATI di Sabah khususnya Esszone.

“Sebab itu, kami lancarkan Operasi Bersepadu Khas sebagai menyahut seruan kerajaan itu. Oleh itu, jangan ada pihak yang cuba mempersoalkan kewajaran misi murni kerajaan ini.

“Soal keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama, dan keselamatan rakyat seharusnya mengatasi kepentingan peribadi,” katanya.

Sementara itu, Abd Rashid turut menasihati kakitangan dan pegawai Esscom agar sentiasa amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas harian serta menjauhi amalan rasuah.

Beliau turut menekankan kepentingan penjawat awam mengukuhkan amalan integriti dan nilai-nilai murni dalam setiap tugasan, sekali gus mengelak gejala negatif.

“Esscom juga sentiasa terbuka kepada maklum balas dari semua pihak terutamanya kritikan yang membina untuk kebaikan bersama,” katanya.

Esszone meliputi 1,733.7 kilometer yang merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. – BERNAMA

 

Tags: EsscomEsszone
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd