• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Diesel Naik Lagi 50 Sen, Cecah RM6.02 Seliter

oleh Mynewshub
01/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Harga Diesel Naik Lagi 50 Sen, Cecah RM6.02 Seliter
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia terus meningkat apabila ditetapkan pada paras RM6.02 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 April 2026.

Kenaikan terbaharu itu menyaksikan lonjakan sebanyak 50 sen berbanding minggu sebelumnya iaitu RM5.52 seliter.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan, peningkatan berkenaan didorong oleh krisis tenaga global yang masih berlarutan, sekali gus memberi tekanan kepada pasaran minyak dunia.

Menurut kementerian itu, harga minyak mentah penanda aras Brent global melonjak lebih 40 peratus sehingga melepasi paras AS$100 setong.

“Lebih kritikal, harga minyak yang diproses bagi petrol dan diesel turut meningkat mendadak masing-masing kepada sekitar AS$150 setong dan AS$250 setong,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, kerajaan menegaskan komitmen untuk memastikan rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan kenaikan harga minyak global dengan terus menampung sebahagian kos subsidi.

Sejak tercetusnya krisis Asia Barat, kerajaan tidak mengapungkan sepenuhnya harga runcit di pam, sebaliknya masih mengekalkan subsidi bagi petrol dan diesel untuk tempoh beberapa minggu berturut-turut.

Bagi tempoh sama, harga runcit tanpa subsidi lain ditetapkan seperti berikut:

RON97: RM4.95 seliter (turun daripada RM5.15)

RON95: RM3.87 seliter (kekal)

Diesel (Semenanjung): RM6.02 seliter (naik daripada RM5.52)

Sementara itu, harga bahan api bersubsidi kekal bagi kumpulan sasar antaranya:

RON95 (BUDI95): RM1.99 seliter

Diesel (Sabah, Sarawak dan Labuan): RM2.15 seliter

SKPS: RM2.05 seliter

SKDS: RM2.15 seliter

– MYNEWSHUB

Tags: 50 senharga dieselNaik lagiRM6.02 Seliter
Share216Tweet135SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd