• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan.

Beliau yang juga anak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali.

“Saya merujuk kepada khabar angin dan dakwaan yang sedang tular di media sosial berhubung kedudukan saya dalam kepimpinan PKR.

“Dengan ini, saya ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya saya meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Keadilan (PKR) adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan.

Nurul Izzah berkata, beliau kekal komited menjalankan amanah yang diberikan selaras dengan mandat anggota parti dan proses demokrasi organisasi.

Justeru, katanya, tiada sebarang perubahan berlaku dalam struktur kepimpinan sedia ada dan fokus utama beliau untuk terus memperkukuh agenda perjuangan PKR.

“Saya menghargai keprihatinan semua pihak, namun saya menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh dengan maklumat palsu atau spekulasi yang berniat jahat.

“Segala maklumat sahih hanya akan disalurkan melalui kenyataan rasmi parti,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Parti Keadilan Rakyat

Tags: letak jawatannafiNurul Izzah AnwarTimbalan Presiden PKR
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

OPA Nafi Dakwaan Pengawas Sekolah Hidang Alkohol Dalam Majlis Makan Malam

OPA Nafi Dakwaan Pengawas Sekolah Hidang Alkohol Dalam Majlis Makan Malam

24/10/2026
0

SEREMBAN - Persatuan Bekas Murid St. Paul, Seremban (OPA) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pengawas sekolah terbabit mengendalikan atau menghidangkan minuman...

1,252 Doktor Berjawatan Tetap Letak Jawatan Sejak 2024

1,252 Doktor Berjawatan Tetap Letak Jawatan Sejak 2024

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan melaksanakan strategi pengekalan doktor yang komprehensif susulan peletakan jawatan 3,510 pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd