• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

oleh Mynewshub
30/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka yang memandu di bawah pengaruh dadah, namun menegaskan perkara itu bukannya isu perkauman.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar, penunggang motosikal yang maut selepas dirempuh seorang lelaki dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah di Jalan Raya Barat, Klang, semalam.

“Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan terkorban disebabkan pemandu mabuk, dipengaruhi dadah serta mereka yang tidak bertanggungjawab memandu secara melulu serta merbahaya.

“Nyawa manusia tiada galang gantinya. Keselamatan pengguna jalan raya lain tidak patut dipertaruhkan dek kerana kecuaian pihak lain. Tindakan tegas, konsisten dan berterusan daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) serta agensi berkaitan perlu diperkasakan, bukan bersifat reaktif hanya selepas berlakunya tragedi,” katanya dalam satu kenyataan.

Lawrence berkata, ketika Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menerajui MOT, isu berkenaan diberi keutamaan melalui pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperketat hukuman di bawah Seksyen 41 hingga Seksyen 45.

Menurut beliau, pindaan itu bukan sekadar cadangan, malah telah diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diperkenan Yang di-Pertuan Agong serta dikuatkuasakan pada 23 Oktober 2020.

Beliau berkata, pendekatan ketika itu tidak hanya tertumpu kepada hukuman, malah melibatkan kempen kesedaran berskala besar bagi mendidik masyarakat tentang bahaya pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemanduan melulu.

Tambah beliau, semasa proses pindaan Akta 333, sesi libat urus turut diadakan termasuk bersama Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak.

Katanya, majlis tersebut bersetuju bahawa aspek perundangan dan pendidikan perlu bergerak seiring bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya pemanduan di bawah pengaruh bahan terlarang. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial MCA

Tags: alkoholdadahisu perkaumanMCApemandu
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd