• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

oleh Mynewshub
30/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut.

Beliau berkata, langkah tersebut perlu bagi memastikan kesalahan itu menerima hukuman setimpal selain memberi kesan pencegahan yang lebih berkesan kepada masyarakat.

Menurutnya, walaupun undang-undang sedia ada di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda RM50,000 hingga RM100,000, ia masih belum cukup untuk mengekang kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

“Sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah lebih berani dan tegas. Nyawa manusia tidak boleh terus dipertaruhkan dengan hukuman yang tidak memberi kesan pencegahan yang nyata.

“Sehubungan itu, saya sekali lagi mengemukakan cadangan peendakwaan di bawah Kanun Keseksaan bagi kes melibatkan kematian akibat pemandu mabuk, dengan hukuman yang lebih berat termasuk penjara seumur hidup atau hukuman yang setimpal dengan kesalahan tersebut seperti hukuman mati,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Akmal turut menegaskan bahawa pampasan mandatori yang signifikan kepada keluarga mangsa wajib ditanggung oleh pelaku.

Menurut beliau, sekiranya pesalah tidak berkemampuan, mekanisme tanggungan alternatif termasuk penglibatan keluarga pelaku perlu dipertimbangkan secara adil dan berperundangan.

Tambahnya lagi, skim khairat kematian berpusat yang diwajibkan kepada semua pemegang lesen memandu juga wajar diperkenalkan bagi memastikan bantuan segera dapat disalurkan kepada keluarga mangsa tanpa birokrasi yang melambatkan.

“Kita tidak boleh lagi melihat isu ini sebagai kesalahan biasa. Jika kesalahan berkaitan dadah dikenakan hukuman berat kerana merosakkan masyarakat, maka perbuatan memandu dalam keadaan mabuk sehingga meragut nyawa juga wajar dipandang dengan keseriusan yang sama.

“Saya ingin menggesa Menteri Pengangkutan serta semua Ahli Parlimen tanpa mengira blok politik untuk segera membawa usul dan mengambil tindakan legislatif yang tuntas dalam perkara ini.

“Tolong jangan tunggu lagi!
Berapa banyak lagi nyawa tidak bersalah perlu terkorban sebelum kita benar-benar bertindak?

“Nilai sebuah nyawa itu tidak ternilai. Jangan sampai kita hanya tersedar apabila ia melibatkan orang yang kita sayangi. Tepuk dada, tanyalah diri,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

Tags: Datuk Dr Muhamad Akmal Salehhukuman matiHukuman Penjara Seumur HidupKetua Pemuda UMNOParlimenpemandu mabukUsul
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pempengaruh kesihatan terkenal, Dr. Malar Santhi (Celoteh Dr Malar) tampil menyuarakan pandangan agar Malaysia memperketatkan...

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd