• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

oleh Mynewshub
30/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk.

Menurut beliau, berapa ramai lagi perlu terkorban dan berapa banyak keluarga perlu menangis sebelum tindakan benar-benar tegas dilaksanakan.

Kata beliau, pemandu di bawah pengaruh alkohol bukan sekadar melanggar undang-undang, malah merupakan ancaman nyata kepada pengguna jalan raya lain.

Justeru, beliau mendesak agar pelaksanaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 diperkasa khususnya Seksyen 44 dan 45A dengan hukuman yang jauh lebih tegas.

Antara cadangan yang beliau bangkitkan termasuk penggantungan lesen memandu secara kekal seumur hidup terhadap pesalah.

“Hukuman penjara 10 hingga 15 tahun serta denda RM50,000 hingga RM100,000 mesti dilaksanakan secara konsisten dan tegas.

“Dalam soal nyawa rakyat, tiada ruang untuk kompromi,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau turut menggesa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengambil tindakan segera dan lebih tegas bagi memastikan isu itu tidak terus berulang.

Jelasnya, keadilan mesti ditegakkan dan keselamatan rakyat perlu menjadi keutamaan.

“Saya ulang, tiada lagi kompromi terhadap mereka yang memilih untuk memandu dalam keadaan mabuk.

“Keadilan mesti ditegakkan. Anthony Loke Siew Fook, do something! (buat sesuatu),” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ir. Ts. Kharil Nizam

Tags: Ahli Parlimen JerantutCukuplahgantungIr Ts Khairil Nizam KhirudinLesenmemandupemandu mabukSeumur hidup
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd