• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajib Sedia Tempat Duduk Khas Kanak-kanak, Bayi Dalam Kenderaan

oleh Ahmad Albab
11/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penguatkuasaan mewajibkan penggunaan tempat duduk khas untuk bayi dan kanak-kanak dalam kenderaan mungkin hanya boleh dilaksanakan pada 2019, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk melaksanakan undang-undang itu kerana tertakluk kepada beberapa prosedur.

“Ini termasuk proses advokasi kepada masyarakat untuk mendapat maklum balas mereka dalam tempoh dua tahun, selain dua tahun lagi untuk percubaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penggunaan Sistem Penahan Kanak-Kanak di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata Malaysia sebagai anggota Forum Dunia bagi Pengharmonian Peraturan-Peraturan Kenderaan (WP29), wajib mengadaptasi peraturan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai penanda aras tahap kualiti produk automotif yang dipasarkan.

Katanya bermula 1 Jan tahun ini, semua penyedia kenderaan diwajibkan menyediakan kelengkapan dan kemudahan untuk tempat duduk khas bayi dan kanak-kanak atau ISOFIX bagi kenderaan yang dihasilkan selepas tarikh itu.

Beliau berkata kesedaran tentang keselamatan dalam kalangan ibu bapa perlu ditingkatkan memandangkan statistik 2013 menunjukkan 53 kanak-kanak dan bayi terlibat dalam kemalangan dan daripada jumlah itu, 31 meninggal dunia.

“Pendaftaran kenderaan baharu turut meningkat kepada 1.5 juta setiap tahun dan ini penting untuk memberi kesedaran mengenai tempat khas kanak-kanak untuk dipraktikkan oleh masyarakat kita,” katanya.

Ab Aziz juga meminta orang ramai untuk membeli tempat duduk khas yang diiktiraf dan memenuhi standard antarabangsa ditetapkan walaupun harganya dalam lingkungan RM600 hingga RM4,000 sebuah.

“Dengan permulaan kempen ini, saya berharap syarikat tempatan akan dapat menghasilkan tempat duduk kanak-kanak agar dapat dijual dengan harga yang lebih murah kerana kebanyakan tempat duduk kanak-kanak di pasaran adalah diimport,” katanya.

Terdahulu, Ab Aziz meninjau kenderaan yang dilengkapi dengan ISOFIX di perkarangan kementerian serta mendengar sesi penerangan berkaitan cara penggunaan tempat duduk kanak-kanak di dalam kenderaan oleh wakil Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP). – BERNAMA

 

Tags: bayiKenderaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd