Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk R.S. Thanenthiran menyindir pengusaha lori yang sebelum ini didakwa kuat menyokong Pakatan Harapan (PH) susulan isu kenaikan harga diesel.
Menerusi satu kenyataan ringkas, beliau mempersoalkan sama ada golongan tauke lori kini masih berpuas hati dengan situasi semasa.
“Saja nak tanya tauke-tauke lori semua happy (gembira) yah?? Dulukan kuat sokong PH,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Dalam masa sama, beliau turut menyindir dengan mengaitkan sokongan tersebut sebagai punca kepada kenaikan harga diesel ketika ini.
“Madani nak ucap terima kasih atas sokongan anda = Harga Diesel RM4.72 seliter!!!” sindirnya lagi.
Kenyataan itu dilihat sebagai reaksi sinis terhadap rungutan yang semakin meningkat dalam kalangan pengusaha logistik berhubung kos operasi yang semakin tinggi. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial R.S. Thanenthiran
