• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

oleh AK-47
23/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba
Share on FacebookShare on Twitter

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam Ahad, mengorbankan juruterbang dan pembantu juruterbang serta mencederakan dua lagi, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan media.

Menurut CNN, memetik seorang pegawai penguat kuasa undang-undang, kejadian itu berlaku 11.40 malam (0340 GMT) ketika penerbangan Jazz Aviation yang dikendalikan bagi pihak Air Canada melanggar sebuah kenderaan Aircraft Rescue and Firefighting (ARFF) milik Port Authority yang sedang digerakkan untuk satu insiden lain, kata Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey.

“Protokol tindak balas kecemasan telah diaktifkan serta-merta.

“Lapangan terbang kini ditutup bagi memudahkan operasi tindak balas dan membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan,” kata jurucakap itu.

Dua orang dalam trak bomba turut cedera ketika kenderaan itu sedang bertindak balas terhadap sebuah penerbangan berhampiran yang melaporkan bau tidak diketahui di kokpit, kata pegawai berkenaan.

Air Canada berkata, pesawat CRJ-900 itu membawa 72 penumpang dan empat anak kapal berdasarkan senarai awal.

Lapangan Terbang LaGuardia ditutup lewat malam Ahad susulan insiden itu.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengeluarkan arahan pemberhentian sementara semua penerbangan berlepas ke LaGuardia berikutan kecemasan tersebut, dengan penutupan berkuat kuasa sehingga 1800GMT. Kebarangkalian untuk tempoh penutupan itu dilanjutkan adalah tinggi.

Disiarkan pada: Mac 23, 2026 @ 6:35pm

Artikel➡️ Bernama-Anadolu

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/03/VID_20260323_230220_012.mp4
Tags: Air CanadakemalanganKemalangan udara
Share212Tweet132SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd