Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempamerkan sikap prihatin seorang pemimpin dengan membantu seorang warga emas yang kurang sihat di kampungnya.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, beliau memaklumkan menerima pesanan WhatsApp tentang seorang mak cik dalam keadaan tidak sihat, namun enggan mendapatkan rawatan di klinik.
Tanpa berlengah, beliau mengambil inisiatif pergi ke rumah wanita waeg emas tersebut untuk melakukan pemeriksaan kesihatan awal.
“House call raya. Semalam dapat WhatsApp beritahu mak cik tak sihat dan tak nak jumpa doktor kat klinik. Maka kita pastikan doktor datang ke rumah mak cik,” katanya.
Perkongsian itu mengundang reaksi positif dalam kalangan netizen yang tersentuh dengan kesanggupan pemimpin politik membantu tanpa mengira masa, apatah lagi dalam suasana Hari Raya Aidilfitri.
“Sekali jadi doktor, selamanya adalah doktor. Moga Allah berikan kesembuhan untuk mak cik. Selamanya doktor kampung,” kata Akmal. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

