Oleh Mynewshub
MARAN – Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Pahang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan gadis bawah umur.
Memetik laporan media, remaja lelaki berusia 17 tahun tersebut ditahan semalam selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai dipetik berkata, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa dirogol di sebuah rumah di sini Mac lalu,
Kejadian itu dilaporkan berlaku selepas gadis itu keluar bersiar-siar bersama suspek yang baru dikenali di Bandar Maran.
“Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah dan merogol gadis terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” kata Kim Wai dalam satu kenyataan.
Media melaporkan, suspek dibebaskan hari ini selepas polis selesai merakam keterangannya termasuk mengambil sampel darah serta pengakuan suspek. – MYNEWSHUB

