• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutan Bandar JB ‘Naik Taraf’ Wajah Baharu

oleh Mohd Arshad
19/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Hutan Bandar JB ‘Naik Taraf’ Wajah Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

JOHOR BAHRU – Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar, selesa dan mesra pengunjung selepas melalui proses naik taraf menyeluruh.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembaharuan tersebut dilaksanakan dengan menjunjung titah Tunku Mahkota Ismail bagi memastikan kemudahan rekreasi lebih berkualiti untuk rakyat.

Menurut beliau, beberapa tarikan baharu akan mula dibuka kepada umum bermula 3 Syawal ini.

“Pelbagai tarikan menarik menanti pengunjung seperti kolam kanak-kanak, Flying Fox, Rope Course, taman permainan kanak-kanak, Nature Trail, laman rama-rama serta tapak perkhemahan.

“Ia menjadikan Hutan Bandar ini sebagai destinasi rekreasi lengkap untuk seisi keluarga, anak muda dan komuniti,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Tambah beliau, kemasukan ke kawasan berkeluasan kira-kira 50 ekar itu adalah percuma untuk semua pengunjung.

Katanya, projek naik taraf tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM13.5 juta oleh MBJB bagi memastikan kemudahan yang lebih selamat dan selesa.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bayaran dikenakan bagi beberapa aktiviti tertentu seperti kolam mandi, Rope Course dan Flying Fox dengan kadar berbeza untuk warganegara dan bukan warganegara.

“Bagaimanapun, aktiviti Flying Fox dan Rope Course akan ditawarkan secara percuma selama sebulan sempena pembukaan ini,” ujarnya.

Beliau berkata, Hutan Bandar itu dibuka setiap hari bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam dan disasarkan mampu menarik sehingga 2,000 pengunjung setiap hari.

“Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri dalam memperkasa produk pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026, selain menyediakan ruang rekreasi berkualiti untuk Bangsa Johor,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak orang ramai untuk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati pelbagai kemudahan serta keindahan alam semula jadi di Hutan Bandar Johor Bahru. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto; Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: johor bahru
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perkongsian gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut Hari Raya...

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd