Oleh MYNEWSHUB
KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd. Fadzli Mohd. Ramly menemplak pihak yang membangkitkan isu gari.
Menurut beliau, bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin juga bergari ketika dihadapkan ke mahkamah.
“Bising Arun (Dorasamy) tak bergari, Zamri (Vinoth) bergari. Jangan lupa Shamsul Iskandar Supol PMX bukan saja bergari, tapi berbaju kuning.
“Pemimpin lain pun tak bergari ke mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial semalam.
Beliau memuat naik gambar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak digari ketika hadir di mahkamah.
Mohd. Fadzli berkata, pihak terlibat sepatutnya tidak berasa takut dan hina kerana digari jika berasa diri adalah pejuang.
“Apa takutnya? Kalau bergari pun dah takut..tak payah jadi pejuang lah… Jangan lupa Imam Abu Hanifah di penjara.
“Jangan rasa hina kerana gari dan penjara. Saya pun bergari ke mahkamah. Gari pun ku angkat ke atas. Berani kerana benar,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd. Fadzli Mohd. Ramly


