• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

oleh AK-47
18/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’ ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di sebuah pangsapuri di sini, semalam.

Kejadian tragis itu dilaporkan kepada pihak berkuasa sekitar jam 3.50 petang melalui panggilan kecemasan MERS 999.

 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya segera dikerahkan ke lokasi sejurus menerima maklumat.

 

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiga lelaki ditemui dalam keadaan terbaring di bahagian pintu masuk apartmen.

 

“Dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah, manakala seorang lagi mengalami kecederaan di kepala dan dada sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika ketiga-tiga mangsa sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di tingkat lima menggunakan skylift.

 

“Ketika insiden, cuaca dilaporkan hujan lebat dan semua mangsa berusia antara 38 hingga 46 tahun,” jelasnya.

 

Tambahnya, pemeriksaan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

 

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

 

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran, selain diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

 

Sumber: Buletin TV3

**Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut? Apa maksud mati mengejut? Takkan takda pihak yang bersalah?

Tags: kemalangan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd