Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – “Kita tidak boleh beri DAP berkuasa lagi di negara ini dan menjadi tangan ghaib kuasa politik negara”
Demikian kenyataan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil menerusi satu hantaran di laman media sosial hari ini.
Beliau mendakwa, jika DAP masih berkuasa, Malaysia akan mendapat Pembaharuan Semula Bandar (URA) dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC)
“Dapat pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), dapat ladang babi dan dapat persempadanan semula,” dakwanya lagi.
Isham berkata, orang Melayu perlu bersatu di bawah perikatan politik yang didominasi oleh Melayu, bukan pakatan politik yang didominasi DAP.
Dengan demikian, katanya, beliau menjangkakan akan berlaku tsunami politik Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16)
“PRU semakin hampir. PN dan pembangkang perlu bersedia,” dakwanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Isham Jalil


