Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 60-an dikenali sebagai Uncle Ng memeluk agama Islam setelah mendapat hidayah dan bimbingan daripada rakan-rakannya.
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata, Uncle Ng tertarik dengan Islam selepas ramai kenalan di sekelilingnya mengajak beliau mendalami agama fitrah ini.
Menurut beliau, Uncle Ng berkata: “Saya nampak ada ramai orang Cina masuk Islam” sekali gus menepis stereotaip bahawa Islam hanya agama orang Melayu.
Firdaus Wong berkata, Uncle Ng telah berniat untuk mengucap dua kalimah syahadah pada awal tahun, namun ditimpa penyakit dan dimasukkan ke hospital pada bulan Februari.
“Alhamdulillah. Keadaan beliau semakin pulih dan membuat keputusan untuk mengucap dua kalimah syahadah.
“Proses syahadah telah dijalankan di wad Hospital Kuala Lumpur disaksikan oleh pegawai hospital,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Firdaus Wong mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa (MRM) Kuala Lumpur dan Selangor. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Firdaus Wong Wai Hung


