Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Penceramah bebas Zamri Vinoth menerusi satu hantaran di media sosial hari ini menafikan beliau melarikan diri ke luar negara.
Beliau mendakwa, tiada keperluan untuk dirinya melarikan diri daripada pihak berkuasa, malah bersedia untuk berjumpa dengan Ketua Polis Negara jika perlu.
“Kenapa pula saya nak lari? Saya dah pernah cakap banyak kali kalau nak tangkap saya tangkap Rayer juga dan sekarang kalau nak dakwa saya maka dakwa mereka juga.
“Saya sendiri akan pergi jumpa IGP (Ketua Polis Negara) jika perlu Insya-Alllah…saya tak lari dan tiada keperluan pun untuk lari,” dakwanya.
Media semalam melaporkan, polis mengesahkan Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri yang disiasat melibatkan beberapa kes berasingan telah melarikan ke Thailand.
Usaha polis mengesan dua individu terbabit sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand
Pertuduhan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat selepas kedua-dua individu berjaya dikesan dan dibawa pulang. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Zamri Vinoth
https://www.facebook.com/share/p/1GXHNQkUxj/


