Oleh Mynewshub
SATU soalan yang sedang bermain di fikiran rakyat ketika ini bila tol percuma atau sekurang-kurangnya diskaun tol akan diumumkan.
Bagi mereka yang merancang pulang ke kampung, berita tol percuma atau diskaun tol antara perkara yang paling ditunggu.
Almaklum, kalau dapat jimat tol, lebih bajet boleh guna untuk beli kuih raya atau isi minyak kereta sempena cuti Aidilfitri.
Seperti tahun-tahun sebelum, kerajaan biasanya akan membuat pengumuman selepas mendapat persetujuan Kabinet.
Tahun lepas, kerajaan memberi diskaun tol 50 peratus selama dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.
Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan sama ada rakyat akan menikmati tol percuma atau sekadar diskaun sempena Aidilfitri 2026.
Apa pun keputusannya nanti, satu perkara pasti, pengumuman mengenai tol percuma sempena hari raya memang antara berita ditunggu oleh rakyat setiap tahun. – MYNEWSHUB
