• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendekatan PAS Ala Khawarij, Tidak Matang, Malah Sangat Berbahaya – Mujahid

oleh AK-47
13/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pendekatan PAS Ala Khawarij, Tidak Matang, Malah Sangat Berbahaya – Mujahid
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyindir usaha dialog parti-parti politik Melayu Islam yang diusahakan UMNO memperlihatkan pendekatan ala Khawarij parti itu.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang membuat dakwaan itu berkata, PAS gemar melabel, menghina dan meragui keikhlasan pihak lain hanya kerana berbeza pandangan politik.

Kata beliau, tradisi Islam di negara ini sejak dahulu menekankan hikmah, kesederhanaan dan adab dalam berbeza pandangan, bukan budaya melabel dan merendah-rendahkan sesama sendiri.

“Dalam kenyataan tersebut, pelbagai tuduhan dan metafora telah digunakan seperti bisikan syaitan, hantu raya hingga mempertikaikan amalan pihak lain, seolah-olah hanya PAS sahaja yang membawa Islam, manakala orang lain dianggap tersasar atau dipengaruhi unsur yang menyesatkan.

“Pendekatan seperti ini bukan sahaja tidak matang, malah sangat berbahaya kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menghukum dan merendahkan pihak lain. Islam tidak pernah mengajar umatnya meragui iman orang lain semata-mata kerana perbezaan politik,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Abdul Hadi menegaskan pendirian PAS untuk tidak menyertai gagasan ‘Rumah Bangsa’ yang diketengahkan oleh Presiden UMNO kerana menyifatkan konsep tersebut tidak berteraskan Islam.

Beliau dipetik sebagai berkata, PAS menghantar pemerhati bagi menghadiri pertemuan baru-baru ini sekadar memenuhi jemputan serta menilai sendiri hala tuju inisiatif yang diwar-warkan oleh UMNO.

Menurut beliau, pertemuan itu dilihat lebih kepada usaha menyatupadukan orang Melayu atas dasar kebangsaan semata-mata tanpa meletakkan Islam sebagai asas utama perjuangan.

Abdul Hadi turut menggunakan istilah ‘bisikan syaitan’ dan ‘hantu raya’ dalam kenyataan tersebut.

“Walaupun tanpa kehadiran wakil DAP, namun dapat dibaca segala yang tersirat. Hal ini demikian kerana, tetap bersahabat dan berwalak kepada DAP semata-mata untuk membentuk kerajaan,” kata Abdul Hadi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Dr. Mujahid Yusof Rawa

Tags: Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kenyataan PAS tidak bersedia untuk menyertai 'Rumah Bangsa' anjuran Presiden UMNO menunjukkan parti itu tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd