• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

oleh Mohd Arshad
12/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada UMNO.

Menurutnya, beliau menyambut baik kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membuka ruang kepada ahli yang digantung atau dipecat untuk kembali ke pangkuan parti.

Menurutnya, pendirian tersebut dihargai dan tidak menimbulkan sebarang masalah untuk dirinya kerana beliau tidak pernah meninggalkan parti walaupun digantung selama tiga tahun.

“Saya sambut baik dan hargai kenyataan presiden tempoh hari. Saya tidak pernah keluar parti. Tiga tahun digantung, saya juga tidak pernah serang parti. Sebelum ini Majlis Tertinggi telah membuat keputusan untuk menggantung saya.

“Jadi jika ikhlas pendirian pucuk pimpinan parti untuk menarik balik penggantungan terhadap diri saya, saya akan kembali terus berjuang demi parti UMNO,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau berkata demikian ketika memberi penjelasan berhubung pendiriannya sama ada akan kembali kepada UMNO.

Ahli Parlimen Sembrong itu turut menegaskan bahawa isu sebenar ketika ini hanyalah berkaitan statusnya sebagai ahli parti selepas keputusan penggantungan dibuat oleh Majlis Tertinggi sebelum ini.

Katanya, sekiranya penggantungan tersebut ditarik balik secara rasmi, beliau bersedia kembali memperkukuhkan perjuangan bersama kepimpinan parti.

Tambahnya, fokus utama selepas itu adalah untuk merapatkan barisan kepimpinan parti di Sembrong serta memperkukuhkan kekuatan UMNO di peringkat negeri Johor dan nasional.

“Rasa terharu dan berterima kasih atas apa yang telah dinyatakan oleh Presiden UMNO. Yang penting saya tak pernah lari daripada parti.

“Mereka tarik balik penggantungan terhadap diri saya, saya akan kembali terus berjuang dalam parti UMNO,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: FB Hishammuddin Hussein

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

18/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli dan penyokong parti supaya...

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

13/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan sebagai masa terbaik untuk UMNO mempertimbangkan kedudukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd