• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Beri Amaran: Harga Minyak Boleh Melonjak Ke AS$200 Setong 

oleh AK-47
12/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Iran Beri Amaran: Harga Minyak Boleh Melonjak Ke AS$200 Setong 
Share on FacebookShare on Twitter

TEHRAN – Iran memberi amaran bahawa harga minyak dunia boleh melonjak sehingga AS$200 (sekitar RM940) setong sekiranya konflik di Timur Tengah terus merebak dan menjejaskan keselamatan laluan tenaga global.

Amaran ini datang selepas tiga lagi kapal diserang pihak Iran di Selat Hormuz.

Jurucakap komando tentera Iran, Ebrahim Zolfaqari berkata, Amerika Syarikat perlu bersedia menghadapi lonjakan harga minyak susulan ketegangan yang semakin memuncak di rantau Teluk.

“Anda tidak akan mampu mengekalkan harga minyak dan tenaga pada tahap rendah secara buatan melalui ‘bantuan hayat’ ekonomi.

“Seperti yang telah kami beri amaran sebelum ini, jika perang merebak di rantau ini, jangkakan harga minyak boleh mencecah AS$200 setong,” katanya dalam kenyataan yang dilaporkan oleh portal europe.palestine.network.

Beliau turut menyatakan bahawa punca ketidakstabilan di rantau itu berpunca daripada campur tangan Amerika Syarikat.

Kenyataan tersebut muncul ketika beberapa kapal dilaporkan menjadi sasaran serangan di kawasan Teluk yang kini berada dalam keadaan tegang.

Sementara itu, pasaran minyak global sebelum ini mencatatkan kenaikan mendadak awal minggu ini, namun kembali stabil apabila pelabur menjangkakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mungkin mencari jalan pantas untuk menamatkan konflik yang tercetus bersama Israel hampir dua minggu lalu.

Penganalisis ekonomi memberi amaran bahawa jika konflik terus meningkat dan laluan strategik seperti Selat Hormuz terjejas, pasaran tenaga dunia boleh mengalami kejutan besar yang akan memberi kesan kepada ekonomi global.-MYNEWSHUB

Tags: Iran
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd