• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Tegas: “Kami Yang Akan Tentukan Bila Perang Berakhir, Bukan Amerika Syarikat”

oleh Mohd Arshad
10/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Iran Tegas: “Kami Yang Akan Tentukan Bila Perang Berakhir, Bukan Amerika Syarikat”
Share on FacebookShare on Twitter

TEHERAN – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat bahawa Iran sendiri yang akan menentukan sama ada perang di rantau Timur Tengah akan berakhir atau berterusan, bukannya Washington.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh IRGC, pasukan elit tentera Iran itu menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak mempunyai kuasa untuk menentukan penghujung konflik, sebaliknya keputusan itu berada di tangan Iran.

Menurut kenyataan tersebut, IRGC menyifatkan kenyataan pemimpin Amerika yang mendakwa konflik akan segera berakhir sebagai tidak berasas dan hanya propaganda politik.

“Kami yang akan menentukan bila perang ini berakhir, bukan Amerika Syarikat,” kata kenyataan IRGC.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketegangan di Timur Tengah terus memuncak susulan siri serangan dan operasi ketenteraan melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.

Dalam masa sama, IRGC turut memberi amaran bahawa jika serangan terhadap Iran berterusan, rantau Teluk dan laluan perdagangan minyak global boleh terjejas, termasuk kemungkinan sekatan terhadap laluan strategik seperti Selat Hormuz, yang menjadi laluan utama eksport minyak dunia.

Penganalisis geopolitik melihat kenyataan tersebut sebagai mesej tegas Tehran kepada Washington dan sekutunya, bahawa Iran tidak akan tunduk kepada tekanan ketenteraan dan bersedia mempertahankan kepentingannya di rantau tersebut.

Ketegangan antara Iran dan blok Barat kini semakin meningkat dengan beberapa pihak memberi amaran bahawa sebarang salah percaturan boleh mencetuskan konflik yang lebih besar di Timur Tengah.

Perkembangan ini terus menjadi perhatian dunia kerana rantau tersebut merupakan pusat utama bekalan tenaga global, dan sebarang konflik besar boleh memberi kesan langsung kepada ekonomi serta keselamatan antarabangsa.

Tags: IranIsrael
Share218Tweet136SendShare

Related Posts

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd