• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Sokong Titah Tunku Idris Jangan Main Mercun Berhampiran Hospital Sultanah Aminah

oleh Mohd Arshad
09/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Netizen Sokong Titah Tunku Idris Jangan Main Mercun Berhampiran Hospital Sultanah Aminah
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

JOHOR BAHRU – Titah Tunku Temenggong Johor supaya orang ramai tidak bermain mercun berhampiran Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini menerima sokongan padu netizen yang turut meluahkan kebimbangan terhadap gangguan bunyi di kawasan hospital.

Seorang pengguna media sosial, eyja_amin berkata, tindakan bermain mercun berhampiran hospital boleh menjejaskan ketenteraman pesakit terutama bayi dan kanak-kanak.

“Saya kesian dekat newborn, toddler dan kanak-kanak yang terkejut serta menangis. Perkara sama pernah berlaku kepada anak saya dan memang menyakitkan hati dengan tindakan segelintir individu yang tiada common sense,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pernah menghubungi polis mengenai perkara itu dan beberapa anggota datang membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan.

“Sekarang ini ada orang yang sudah tidak takut dengan undang-undang,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, eggcaf3, menggesa tindakan lebih tegas diambil terhadap individu yang melakukan perbuatan tersebut.

“Tolong upah special force, Tunku… tangkap mereka,” tulisnya ringkas.

Seorang pesakit yang mendakwa sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan, fieqajaybe2025, berkata, bunyi bising daripada motosikal yang membuat ‘prank’ di kawasan berhampiran hospital amat mengganggu pesakit.

“Saya salah seorang pesakit yang sedang berdepan situasi ini di HSA. Ketika sedang berperang dengan sakit, tiba-tiba bunyi motor orang buat prank di bangunan kami dan bunyinya sangat kuat,” katanya.

Menurutnya lagi, lebih mengejutkan apabila individu yang terlibat didakwa merupakan kakitangan hospital sendiri.

Terdahulu, Tunku Idris Sultan Ibrahim menerusi hantaran di aplikasi X mengingatkan orang ramai supaya tidak bermain mercun berhampiran hospital, khususnya di kawasan HSA.

“Tolong jangan main merecun di sebelah hospital. (Hospital Sultanah Aminah),” titah baginda. – MYNEWSHUB

Tags: Hospital Sultanah Aminah
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Sultan Johor Hadiah Kereta Kepada Pengarah Hospital, Doktor

25/11/2020
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini mengurniakan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan...

Budak Warga China Lari Dari Hospital Ditahan Semula

26/01/2020
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak warga China berusia dua tahun yang dilarikan oleh ibu bapanya di Hospital Sultanah Aminah kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd