• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akmal Dan Isham: Kisah Hang Tuah Dan Hang Jebat Politik

oleh Mohd Arshad
07/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Akmal Dan Isham: Kisah Hang Tuah Dan Hang Jebat Politik
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

Seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya ahli UMNO yang dipecat dan digantung kembali semula ke pangkuan parti tanpa syarat atas nama penyatuan bangsa terus mencetuskan perdebatan terbuka.

Dua tokoh yang lantang menyuarakan pandangan masing-masing ialah Isham Jalil dan Dr. Muhamad Akmal Saleh yang berbalas kenyataan melalui akaun media sosial mereka.

Pertembungan pandangan kedua-duanya dilihat seakan mengulangi kisah epik Melayu dalam Hikayat Hang Tuah. Kisah kesetiaan dan penentangan antara Hang Tuah dan Hang Jebat, namun kali ini berlaku dalam gelanggang politik moden.

 

Isham Persoal Agenda Penyatuan

Isham melahirkan keraguan terhadap pelawaan tersebut dengan mempersoalkan keikhlasan penyatuan yang dilaungkan selagi UMNO masih berada dalam kerajaan bersama DAP.

Menurutnya, gagasan Rumah Bangsa yang dibawa kepimpinan UMNO ketika ini masih berada dalam kerangka kerajaan sedia ada dan tidak meyakinkan parti-parti Melayu lain untuk menyertainya.

Beliau menegaskan bahawa selagi kerjasama dengan DAP diteruskan, ajakan penyatuan itu sukar diterima.

“Rumah Bangsa UMNO itu masih dalam kerangka kerajaan Madani kerana UMNO masih lagi terus bekerjasama dengan DAP. Tidak ada parti Melayu yang akan ikut masuk Rumah Bangsa kamu untuk terus sokong DAP berkuasa,” katanya.

Pada masa sama, beliau mencadangkan Ahmad Zahid merendahkan diri dan bertemu sendiri individu yang pernah dipecat atau digantung sekiranya benar mahu membuka ruang penyatuan.

Isham turut menegaskan bahawa beliau sendiri tidak akan kembali menyertai UMNO selagi parti itu bekerjasama dengan DAP.

 

Akmal Pertahan Zahid

Dalam reaksi balas, Akmal mempertahankan kepimpinan Ahmad Zahid dan menyifatkan pelawaan tanpa syarat itu sebagai bukti jiwa besar presiden UMNO.

Beliau menegaskan bahawa usaha penyatuan tidak boleh terus digagalkan dengan mencari kesalahan lama sehingga menyebabkan perpecahan berterusan dalam parti.

“Bila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan penyertaan tanpa syarat, itu sahaja sudah menunjukkan jiwa besar beliau untuk menerima semula ahli yang dibuang dan digantung,” katanya.

Akmal turut berpandangan Isham yang perlu menurunkan ego dan menjadikan kepentingan agama serta bangsa sebagai keutamaan kerana perpecahan berpanjangan akan merugikan orang Melayu.

 

Nasihat Isham Kepada Akmal

Membalas kenyataan itu, Isham pula menyampaikan nasihat terbuka kepada Akmal yang dianggapnya sebagai harapan besar akar umbi UMNO.

Beliau mengingatkan supaya Akmal tidak mudah terpedaya dengan helah politik dan terus berpegang pada prinsip menentang DAP.

“Dalam politik ini ada pelbagai helah. Usah dibenar kamu dihelah, dibelit dan dipatuk ular beberapa kali. Jika ingin lawan DAP, teruskan lawan DAP dan jangan ambil jalan separuh-separuh,” katanya.

Seperti kisah Hang Tuah dan Hang Jebat dalam legenda Melayu, seorang dilihat mempertahankan kesetiaan kepada kepimpinan, manakala seorang yang dibuang memilih untuk kekal melawan. – MYNEWSHUB

Tags: Akmal SalehIsham Jalil
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan siasatan kes terhadap beliau berhubung isu ‘diesel...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd