• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isham Nasihat Akmal Kekal Prinsip Lawan DAP, Jangan Mudah Terpedaya 

oleh Mohd Arshad
07/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Isham Nasihat Akmal Kekal Prinsip Lawan DAP, Jangan Mudah Terpedaya 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menasihatkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh supaya kekal berpegang kepada prinsip perjuangan parti serta tidak mudah terpedaya dengan helah politik.

Nasihat itu dibuat sebagai respons kepada kenyataan Akmal yang menggesa supaya Isham menurunkan ego.

Akmal turut mempertahankan pelawaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada ahli parti yang dipecat atau digantung untuk kembali kepada parti itu.

Isham berkata, Akmal ketika ini merupakan harapan besar akar umbi UMNO, namun perjalanan politiknya masih panjang dan penuh cabaran.

Menurut beliau, dalam dunia politik terdapat pelbagai strategi dan percaturan yang boleh mengelirukan, justeru pemimpin muda perlu berhati-hati agar tidak dipengaruhi atau diperalatkan oleh pihak tertentu.

“Dalam politik ini ada banyak helah dan percaturan. Kita perlu bersangka baik, tetapi pada masa sama jangan sampai mudah ditipu atau dipermainkan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Isham turut menegaskan bahawa jika seseorang pemimpin mahu menentang DAP, pendirian itu perlu dilakukan secara konsisten tanpa bersikap separuh jalan apabila berdepan tekanan.

Beliau juga mengingatkan bahawa sokongan terhadap pihak yang menyokong DAP secara tidak langsung boleh dilihat sebagai memberi ruang kepada parti tersebut.

Dalam masa sama, Isham berkata Akmal perlu menetapkan pendirian yang jelas dalam perjuangan politik serta tidak mudah goyah dengan cabaran atau ugutan.

“Jika kamu kekal sabar, berani dan istiqamah dengan prinsip perjuangan, insya-Allah ada peluang untuk membetulkan semula UMNO suatu hari nanti,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa masa depan UMNO bergantung kepada ketegasan pemimpin dalam mempertahankan prinsip perjuangan parti agar ia tidak terus kehilangan sokongan rakyat. – MYNEWSHUB

Sumber FB: Isham Jalil

Tags: Akmal SalehIsham Jalil
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Harga Minyak Turun: ‘Kita Mahu Harga Diesel Yang Sama Rata Di Seluruh Negara’ – Isham Jalil

Harga Minyak Turun: ‘Kita Mahu Harga Diesel Yang Sama Rata Di Seluruh Negara’ – Isham Jalil

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli politik, Isham Jalil menggesa kerajaan supaya menetapkan harga diesel yang sama di seluruh negara serta menolak...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd