• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Hormati Persefahaman Dengan PH, Sasaran Realistik Hanya Sekitar 85 Kerusi – Lokman Adam

oleh Mohd Arshad
05/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
BN Hormati Persefahaman Dengan PH, Sasaran Realistik Hanya Sekitar 85 Kerusi – Lokman Adam
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menepis fitnah Barisan Nasional (BN) akan bertanding sebanyak 115 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Media Kerajaan Perpaduan berkata, potensi realistik BN di bawah persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH) adalah BN bertanding sekitar 85 kerusi.

“Berdasarkan persefahaman bersama antara BN dan PH, kerusi yang sebelum ini dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN) akan ditandingi oleh rakan Kerajaan Perpaduan yang memperoleh undi kedua tertinggi di kawasan tersebut dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Formula ini jelas, rasional dan berasaskan data. Berdasarkan kajian dalaman kami terhadap corak pengundian, potensi realistik BN di bawah persefahaman ini sekitar 85 kerusi, bukan 115.

“Unjuran itu berasaskan matematik pilihan raya, bukan ego,” katanya dalam satu kenyataan di muat naik di media sosial hari ini.

Lokman Adam berkata, dakwaan BN akan bertanding 115 kerusi dalam PRU16 bertujuan mewujudkan kecurigaan, menabur ketidakpercayaan dan menggambarkan BN tamak kuasa.

Menurut beliau, ia direka untuk menggambarkan BN sebagai angkuh dan merancang mengkhianati PH kerana jika BN dan PH kekal bersatu, PN tidak dapat menang PRU16.

“Naratif kononnya 115 kerusi ini tidak berasal daripada saluran rasmi BN. Ia adalah fiksyen politik yang direka untuk mencetuskan ketegangan dalam kerajaan perpaduan.

“Jangan kita berpura-pura tidak tahu siapa yang mendapat manfaat daripada pembohongan ini. Jentera propaganda yang selari dengan unsur pro-Mahathir Mohamad dan puak pro-PN mempunyai satu misi. Memecahkan BN dan PH,” dakwanya.

Ujar beliau, BN dibawah kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sentiasa memberi tumpuan kepada penyampaian dan kestabilan serta menghormati persefahaman bersama PH.

“Penyesuaian semula BN mencerminkan landskap politik Malaysia yang baharu. Rakyat Malaysia sudah letih dengan peperangan ideologi yang tidak berkesudahan. Konfrontasi yang berlebihan sudah ketinggalan zaman,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Lokman Noor Adam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada Sebab Putuskan Kerjasama Dengan DAP, Islam Melayu Terjaga – Lokman Adam

Tiada Sebab Putuskan Kerjasama Dengan DAP, Islam Melayu Terjaga – Lokman Adam

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berpandangan tiada sebab untuk UMNO memutuskan...

Lokman Bersalah Hina Mahkamah, Diberi Amaran Terakhir

Lokman Bersalah Hina Mahkamah, Diberi Amaran Terakhir

17/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan amaran terakhir kepada bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd