• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Disyaki Lalok Rempuh Motosikal Hingga Menyebabkan Kematian Dua Insan Yang Tidak Bersalah

oleh Mohd Arshad
05/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pemandu Disyaki Lalok Rempuh Motosikal Hingga Menyebabkan Kematian Dua Insan Yang Tidak Bersalah
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Dua lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda yang dipercayai dipandu dalam keadaan `lalok’ di Jalan Rencong, Lenga di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 8.42 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki tempatan berusia 39 tahun itu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal yang datang dari arah Lenga.

“Kejadian berlaku di kawasan selekoh sebelum pacuan empat roda tersebut merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang maut ialah penunggang motosikal, Norman Ahmad, 47, dan pemboncengnya yang juga bapa saudaranya, Sa’at Kassim, 77.

Kedua-dua mereka yang beralamat di Kampung Bukit Bandar, Bukit Kepong mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

Tambah Raiz Mukhliz, pemeriksaan terhadap pemandu pacuan empat roda tersebut menemui bahan disyaki dadah iaitu 20 biji pil Eramin-5 seberat 5.15 gram serta syabu seberat 0.39 gram.

Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek kini ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 12(2)(A) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis turut memaklumkan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar bagi permohonan reman untuk siasatan lanjut.-MYNEWSHUB

Tags: muar
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

95 Veteran Tentera Terlantar Di Muar Perlu Bantuan Khas Bulanan

95 Veteran Tentera Terlantar Di Muar Perlu Bantuan Khas Bulanan

27/08/2023
0

MUAR: Seramai 95 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini hidup terlantar akibat menghidap pelbagai penyakit kronik memerlukan bantuan...

PRU15: [RASMI] Syed Saddiq Sah Pertahan Di Muar

PRU15: [RASMI] Syed Saddiq Sah Pertahan Di Muar

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sah pertahan kerusi Parlimen Muar pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd