• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Syiah: Ustaz Azhar Idrus Jawab Boleh Tak Umat Islam Sokong Iran

oleh Mohd Arshad
03/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Isu Syiah: Ustaz Azhar Idrus Jawab Boleh Tak Umat Islam Sokong Iran
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR – Satu rakaman audio melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus tular di media sosial apabila beliau menjelaskan mengenai hukum menyokong Iran dalam konflik menentang musuh Islam walaupun negara itu berfahaman Syiah.

Dalam rakaman berdurasi kira-kira dua minit itu, beliau menjawab persoalan berhubung sokongan terhadap Iran sedangkan perbezaan akidah antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah sering menjadi polemik.

Menurutnya, hukum menyokong Iran dalam konteks peperangan terhadap musuh Islam adalah dibolehkan, namun ia tidak bermaksud menyokong fahaman Syiah.

“Isu menyokong Iran berperang dengan musuh Islam… hukumnya boleh. Yang tak boleh menyokong tentang syiah di Iran. Dalam bahagian akidah, kita bermusuh dengan syiah,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa perbezaan akidah tetap wujud dan tidak boleh dikompromi, namun dalam konteks menghadapi musuh yang sama, kerjasama dibenarkan.

“Dalam bahagian berperang dengan musuh Islam, syiah pun tak ada masalah. Kerana ini bukan dalam bahagian akidah syiah. Dalam bahagian membantu untuk melemahkan musuh Islam,” jelasnya lagi.

Bagi memudahkan kefahaman, beliau memberi analogi situasi darurat:

“Kalau rumah terbakar, boleh guna orang kafir. Tapi kalau nak solat, tak boleh imam orang kafir. Ada benda boleh, ada benda tak boleh,” katanya.

Tambah beliau, kerjasama tersebut hanya terhad dalam urusan tertentu dan tidak melibatkan soal pegangan akidah.

“Dalam akidah tentu kita berbeza. Kita tidak sama dengan mereka. Tapi dalam bahagian bersatu untuk menentang musuh yang paling zalim yang mengkhianati umat Islam, boleh,” ujarnya. – MYNEWSHUB

Tags: Azhar IdrusUAI
Share215Tweet134SendShare

Related Posts

Hukum Muat Naik Gambar Makanan Di Bulan Ramadan

31/05/2016
0

MENURUT pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, memuat naik gambar makanan menerusi media sosial semasa bulan Ramadhan bukanlah perkara haram tetapi...

VIDEO SEKS: UAI Tak Akan Buat Laporan Polis

27/10/2014
0

KUALA TERENGGANU - Tiada laporan polis akan dibuat oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) susulan dakwaan penyebaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd