Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – “Kita bukan menghukum di jalanan atau di media sosial, tetapi hukuman adalah bidang kuasa mahkamah”
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika mengulas kes pijak al-Quran yang hangat diperkatakan masyarakat.
Menurut beliau, prinsip kerajaan dalam kes tersebut adalah jelas iaitu al-Quran tidak boleh dihina oleh mana-mana pihak.
“Prinsip kita tidak boleh sama sekali kita mengizinkan sesiapa menghina al-Quran.
“Apatah lagi memperlekehkannya,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Anwar berkata, kerajaan tidak berkompromi dengan perbuatan tersebut, namun tindakan yang diambil mesti menurut jalur undang-undang. – MYNEWSHUB


