• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bila Erick Thohir Puji Menjilat Presiden FIFA….

oleh Mohd Arshad
28/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bila Erick Thohir Puji Menjilat Presiden FIFA….
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

MENTERI Sukan Indonesia, Erick Thohir memuji melambung Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino. Bukan pujian biasa-biasa, tetapi pujian taraf kayangan.

Pujian mungkin sebab ada terhutang budi kot dalam bantuan menjatuhkan pasukan lawan di rantau ini.

Kalau tiada apa-apa isu berlegar, mungkin orang anggap itu sekadar diplomasi sukan.

Tetapi dalam suasana panas sekarang, setiap ayat berbunga itu bukan lagi sekadar bunga.

Ia jadi isyarat. Isyarat yang mengundang tafsiran. Dan ya, menghidupkan semula desas-desus politik bola sepak serantau.

Lebih-lebih lagi apabila nama Erick dikaitkan sebagai watak utama yang didakwa memainkan peranan membawa aduan terhadap Malaysia kepada FIFA.

Perkara itu didedahkan oleh sumber daripada Amerika Latin yang berada dalam FIFA kepada Mynewshub.

Aduan yang bukan kecil anak, melibatkan status kelayakan tujuh pemain naturalisasi negara sehingga meleret ke Court of Arbitration for Sport (CAS)

Erick sudah menafikan pembabitan. Namun penafian itu tenggelam di celah ‘pujian kelas premium’ yang diberikannya kepada Infantino.

Netizen tidak lupa. Pemerhati politik sukan pula tidak mudah telan bulat-bulat.

Dalam kenyataan terbaharunya, Erick memuji transformasi besar FIFA di bawah kepimpinan Infantino sepanjang sedekad lalu.

Katanya, banyak pembaharuan, ketelusan dan pembangunan telah digerakkan.

Beliau turut menegaskan kepercayaan FIFA kepada Indonesia daripada penganjuran Piala Dunia B-17 FIFA 2023, kejayaan skuad Garuda layak ke edisi 2025, hingga kemaraan ke pusingan keempat kelayakan Piala Dunia FIFA 2026.

Tidak cukup dengan itu, penubuhan pejabat FIFA di Jakarta, projek pusat latihan bertaraf dunia di Ibu Kota Nusantara (IKN) serta limpahan dana program FIFA Forward turut dijadikan bukti betapa eratnya hubungan Jakarta–Zurich.

FIFA juga secara rasmi merestui Erick memegang dua jawatan serentak sebagai Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia dan Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI)

Secara politiknya, mesejnya tidak perlu diterjemah panjang. Erick kini berada dalam ‘inner circle’ kepimpinan tertinggi FIFA.

Umpama anak emas yang ada akses hebat dalam FIFA.

Dan di situlah teori mula bercambah.

Jika aksesnya begitu hampir, jika talian komunikasinya begitu langsung, apakah mustahil ruang itu tidak dimanfaatkan untuk menghantar aduan?

Atau adakah hubungan rapat itu sebenarnya terhasil selepas aduan dihantar? Soalannya pedih, tetapi ia berlegar.

Apa pun hakikatnya, ketika penyokong bola sepak Malaysia menunggu dengan debar keputusan di CAS, pujian demi pujian dari seberang Tambak ini hanya menambah teori. – MYNEWSHUB

Tags: FAMFIFA
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd