• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

oleh Mohd Arshad
26/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu Rakan KKM akan memberi kesan kepada pesakit marhaen di hospital kerajaan.

Beliau melahirkan kebimbangan dasar yang mahu diperkenalkan menerusi program tersebut akan membolehkan pesakit kaya yang berduit dan mampu membayar untuk memotong barisan menunggu pesakit.

“Rakyat marhaen, warga emas beratur panjang dan menunggu giliran atau janji temu dengan tempoh masa yang lama.

“Apa nak jadi kalau hospital kerajaan dikomersialkan yang akhirnya memberi kesan kepada pesakit marhaen?,” soal beliau dalam satu hantaran di media sosial semalam.

Ka Siong berkata, tempoh menunggu oleh pesakit di hospital kerajaan adalah isu kritikal yang memerlukan perhatian serius

“Sampai bila kita nak tengok hospital sentiasa sesak?,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Rakan KKM yang menawarkan perkhidmatan ekonomi premium kepada pesakit dijangka mula dilaksanakan di Hospital Cyberjaya, Disember ini.

Menerusi inisiatif itu, pakar perubatan KKM boleh menawarkan prosedur khusus kepada pesakit sekali gus menambah kadar upah kepada mereka. – MYNEWSHUB

Sumber: FB Wee Ka Siong

Tags: Hospital KerajaanKKM
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd