• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Cabar Kesahan  (Validity) Akta Petroleum Di Mahkamah Persekutuan

oleh Mohd Arshad
24/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sarawak Cabar Kesahan  (Validity) Akta Petroleum Di Mahkamah Persekutuan
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUCHING – Kerajaan Sarawak hari ini memfailkan satu petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar kesahan (Validity) perlembagaan serta pemakaian berterusan beberapa undang-undang persekutuan berkaitan petroleum yang didakwa menjejaskan hak negeri itu ke atas sumber asli, termasuk minyak dan gas.

Menurut kenyataan media Pejabat Premier Sarawak bertarikh 23 Februari 2026, petisyen tersebut bertujuan mendapatkan penentuan mahkamah terhadap kesahan Akta Pembangunan Petroleum 1974, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966.

Kerajaan negeri menegaskan bahawa akta-akta berkenaan memberi kesan buruk dan melucutkan hak Sarawak ke atas sumber semula jadi di pelantar benua dalam sempadan negeri seperti yang ditetapkan menerusi Perintah Pengubahan Sempadan Sarawak pada tahun 1954 dan 1958.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 serta instrumen perlembagaan yang berkaitan, hak kedaulatan terhadap sumber petroleum di dasar laut dalam sempadan Sarawak telah diserahkan kepada Malaysia melalui Kerajaan British kepada Kerajaan Sarawak, dan bukannya kepada Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Sarawak turut berhujah bahawa Perkara 2(c) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan hanya memberikan kuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk mengawal selia pelaksanaan hak petroleum tersebut, termasuk pengeluaran pajakan dan lesen carigali.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 pada asalnya hanya terpakai kepada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, sebelum diperluaskan ke Sarawak melalui satu ordinan yang diluluskan selepas Proklamasi Darurat 1969.

Bagaimanapun, darurat tersebut telah dibatalkan oleh kedua-dua Dewan Parlimen pada Disember 2011, dan berkuat kuasa Jun 2012, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada akta-akta tersebut masih sah digunakan di Sarawak di bawah Perkara 150(7) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam perkembangan berkaitan, Petronas pada 10 Januari 2026 turut memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran mencabar kesahan beberapa undang-undang negeri Sarawak berkaitan operasi petroleum. Permohonan itu dijadualkan untuk pendengaran di Mahkamah Persekutuan pada 16 Mac 2026.

Kerajaan Sarawak menyatakan bantahan terhadap permohonan Petronas itu, dengan menegaskan bahawa isu berkenaan terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Persekutuan menurut Perkara 128(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengambil langkah memfailkan petisyen sendiri bagi mendapatkan penentuan muktamad mahkamah terhadap kesahan akta-akta persekutuan tersebut sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 4(3) dan 128(1) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu lagi, isu ini bukan sahaja menyentuh hak Sarawak yang telah ditetapkan sebelum pembentukan Malaysia, malah melibatkan kepentingan generasi masa depan negeri berkenaan, selaras dengan perlindungan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

“Penentuan mahkamah ini juga penting bagi memberikan kejelasan terhadap rangka kerja kawal selia industri minyak dan gas di Sarawak, khususnya kepada pelabur dalam sektor huluan dan hiliran,” menurut kenyataan itu.

Walaupun petisyen telah difailkan, Kerajaan Sarawak menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam mencari penyelesaian konstruktif, demi memperkukuh perpaduan nasional, memastikan penggunaan sumber yang mampan serta menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara. – MYNEWSHUB

Tags: 'Gunting peta sarawak dari malaysia'Barat Sarawak
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Hujan Lebat Dijangka Beralih Ke Pahang, Johor Dan Barat Sarawak

Hujan Lebat Dijangka Beralih Ke Pahang, Johor Dan Barat Sarawak

20/12/2022
1

Keadaan hujan lebat yang melanda Kelantan dan Terengganu, diramal beralih ke Pahang, Johor dan juga ke kawasan barat Sarawak. Ikuti...

Papan Iklan ‘Gunting Peta Sarawak Dari Malaysia’ Ditanggalkan

10/12/2021
0

KUCHING : Propaganda Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) menggunakan papan iklan memaparkan sebilah gunting tanda simbolik ‘pisahkan Sarawak dari Malaysia’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd