• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

oleh Mohd Arshad
21/02/2026
dalam Politik
0
Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang akan memutuskan pelantikan pengerusi gabungan itu esok.

Beliau menegaskan BERSATU akan terus komited kepada perjuangan PN.

“Saya akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PN esok yang akan memutuskan pelantikan Pengerusi PN serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengukuhan dan pemerkasaan PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Muhyiddin berkata, BERSATU menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas bagi menyusun semula bahagian-bahagian dan sayap parti yang terbabit dengan peletakan jawatan ketua dan ahli jawatankuasanya.

Beliau berkata pasukan itu akan dipengerusikan bersama oleh dua Naib Presiden iaitu Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Katanya, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula akan bertindak sebagai sekretariat Pasukan Petugas Khas.

Beliau berkata ketua-ketua Badan Pimpinan Negeri turut diarahkan untuk mengenal pasti bahagian-bahagian yang terbabit.

“Penyusunan semula bahagian-bahagian ini akan membabitkan pemangkuan jawatan Ketua Bahagian atau pembentukan jawatankuasa bahagian yang baharu mengikut perlembagaan parti.

“Sayap-sayap parti yang terbabit dengan peletakan jawatan juga akan disusun semula melalui pemangkuan atau pembentukan jawatankuasa yang baharu,” katanya.

Muhyiddin juga menaruh keyakinan BERSATU mempunyai barisan pelapis dan ahli-ahli aktif di setiap bahagian yang bersedia memikul tanggungjawab besar untuk memperkukuhkan parti.

“Saya yakin ramai ahli BERSATU yang setia dengan perjuangan parti akan tampil ke hadapan untuk menggalas amanah ini,” katanya.

BHonline-

Tags: BERSATUPNTan Sri Muhyiddin Yassin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

BN Negeri Sembilan Umum Miliki Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri

BN Negeri Sembilan Umum Miliki Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri

27/04/2026
0

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri susulan sokongan Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd