• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

oleh Mohd Arshad
21/02/2026
dalam Terkini
0
KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi.

Menteri, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata, walaupun kes di negara ini menunjukkan peningkatan namun ia masih terkawal.

“Tibi adalah penyakit bawaan udara tetapi tidak seperti COVID-19 dari segi kadar jangkitan (IR).

“Bagaimanapun KKM akan terus melakukan pemantauan,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kick Off Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan di sini.

Pada masa sama, Dzulkefly mengingatkan individu yang bergejala terutamanya berada di tempat sempit supaya mengelakkan perbualan yang panjang dan mendapatkan pemeriksaan sekiranya mengalami batuk berpanjangan.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 85 peratus daripada kes tibi yang dilaporkan di negara ini membabitkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus membabitkan warga asing.

Dzulkefly berkata, persepsi yang mengaitkan penularan tibi dengan kemasukan warga asing adalah tidak tepat berdasarkan data KKM yang menunjukkan jumlah kes dalam kalangan warganegara lebih tinggi ketika ini.

Beliau berkata, tibi bukanlah fenomena baharu dalam landskap kesihatan awam, sebaliknya sudah lama wujud dan kekal sebagai penyakit endemik yang memerlukan perhatian serius semua pihak.

Katanya, sebagai langkah pencegahan, ibu bapa turut diseru memastikan anak-anak menerima imunisasi Bacillus Calmette–Guerin (BCG), di samping mengamalkan gaya hidup sihat dan memastikan pengudaraan rumah yang baik.

BHonline-

Tags: KKMTibi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd