• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal RM2.5 Bilion: Rafizi Mahu Saman Caprice, Caprice Mahu Saman Rafizi 

oleh Mohd Arshad
21/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Skandal RM2.5 Bilion: Rafizi Mahu Saman Caprice, Caprice Mahu Saman Rafizi 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan beliau akan meneruskan saman terhadap pempengaruh media sosial Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice.

 

Katanya, tindakan saman akan diambil selepas Caprice tidak meminta maaf kerana menuduh beliau mempunyai kepentingan manfaat dalam syarikat miliknya iaitu Invoke Solutions Sdn Bhd (Invoke Solutions)

 

“Pertanyaan yang berbentuk tuduhan atau sindiran tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak tindakan undang-undang di bawah undang-undang fitnah.

 

“Sebaliknya, elemen seperti innuendo dan sindiran tersirat juga boleh diambil kira oleh mahkamah dalam menilai sama ada sesuatu kenyataan itu fitnah atau tidak,” katanya dalam podcast Yang Berhenti Menteri (YBM) malam tadi.

 

Petang semalam, Caprice juga mendesak Rafizi menurunkan semua hantaran di media sosial dan meminta maaf kepadanya sebelum pukul 5 petang hari ini atau berdepan tindakan undang-undang.

 

Ia berhubung hantaran Rafizi di laman sosial semalam yang menuduh Caprice terlibat dalam fitnah terhadap beliau.

 

“Ini jadi satu lagi bahan fitnah yang dijaja oleh Caprice dan diulang oleh ceplos-ceplos, konon ‘Rafizi terbabit kes rasuah RM2.5 billion’,” tulis Rafizi.

 

Caprice namun menegaskan beliau tidak pernah menyebut jumlah RM2.5 bilion itu mahu pun sebarang perkataan rasuah dalam hantaran video di laman sosialnya. – MYNEWSHUB

Tags: CapriceDatuk Seri Rafizi Ramli
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Mak Cik ‘One Malaysia’ Sekolahkan Caprice

Mak Cik ‘One Malaysia’ Sekolahkan Caprice

17/07/2026
0

SEREMBAN - Satu rakaman video seorang peniaga wanita menyebut 'One Malaysia' ketika ditemuramah oleh Caprice tular di media sosial. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd