• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Sindir DAP: “Kenapa Tunggu Julai? Letak Jawatan Sekarang”

oleh Mohd Arshad
20/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MCA Sindir DAP: “Kenapa Tunggu Julai? Letak Jawatan Sekarang”
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Penerangan MCA, Neow Choo Seong menyindir tindakan DAP yang mahu menunggu sehingga Julai depan untuk memutuskan sama ada kekal atau meletakkan jawatan dalam kerajaan.

Sindiran itu susulan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang memaklumkan parti tersebut akan bersidang pada Julai depan bagi membuat keputusan berhubung kedudukan mereka dalam kerajaan.

Menurut Choo Seong, reaksi netizen terhadap kenyataan itu jelas dan hampir senada tanpa mengira kaum.

“Kenapa tunggu Julai? Letak jawatan sekarang juga. Wayang atau drama politik. Rakyat tidak lagi percaya kepada DAP,” katanya memetik antara komen yang didakwa banyak dikongsikan di media sosial.

Media hari ini melaporkan, Anthony Loke memaklumkan dalam sebuah wawancara bahawa keputusan sama ada pemimpin DAP perlu meletakkan jawatan dalam kerajaan akan diputuskan pada kongres khas parti yang dijadual berlangsung pada 12 Julai depan.

Bagaimanapun, katanya, jika perwakilan mengundi supaya peletakan jawatan dilakukan, 40 Ahli Parlimen DAP akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Choo Seong mendakwa, beliau melihat persamaan pandangan antara netizen Melayu dan bukan Melayu yang sama-sama mempersoalkan keikhlasan DAP untuk meletak jawatan.

Katanya, rakyat sudah boleh menilai dan masak dengan drama politik DAP. – MYNEWSHUB

Tags: MCA
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd