• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Erick Thohir Dalang Utama Yang Membuat Aduan Kepada FIFA

oleh Mohd Arshad
15/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Erick Thohir Dalang Utama Yang Membuat Aduan Kepada FIFA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir adalah watak utama yang memainkan peranan membawa aduan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung status kelayakan tujuh pemain naturalisasi Malaysia.

Erick Thohir dikatakan bersikap baling batu sembunyi tangan dalam isu berkenaan.

Kebenaran itu didedahkan oleh sumber daripada Amerika Latin yang berada dalam FIFA kepada Mynewshub.

Ia sebagai respon kepada laporan terdahulu portal ini bahawa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menamakan Vietnam sebagai pihak yang telah mengemukakan aduan rasmi kepada FIFA.

“Dia (Erick Thohir) suruh dan hantar orang buat aduan sambil cari dan hantar dokumen kepada orang dalam FIFA secara indirect.

“Vietnam buat complain, tetapi dokumen adalah dari orang upahan Erick Thohir, ” katanya kepada Mynewshub di sini hari ini.

Untuk rekod, Erick Thohir juga adalah Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) Indonesia.

Sumber berkenaan menjelaskan, walaupun AFC menyatakan Vietnam yang mengemukakan aduan rasmi kepada FIFA, namun difahamkan “de facto’ sebenar adalah daripada kepimpinan tertinggi PSSI, sekali gus mencetuskan persoalan tentang motif sebenar tindakan berkenaan.

Kegusaran peningkatan prestasi skuad Harimau Malaya melangkaui kehebatan pasukan Indonesia dipercayai motif utama di sebalik tindakan mengerakkan aduan kepada FIFA.

Erick Thohir menurut sumber berkenaan juga dikatakan kurang senang dengan penglibatan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam industri bola sepak Malaysia.

Beliau dikatakan menggunakan beberapa media miliknya dan portal berita di Indonesia untuk menulis kandungan bersifat negatif terhadap pasukan Harimau Malaya.

Erick Thohir sebelum ini pernah menafikan dirinya sebagai dalang di sebalik apa yang berlaku.

Isu tersebut timbul ketika skuad kebangsaan Malaysia sedang memberi tumpuan kepada persiapan kejohanan antarabangsa, namun gangguan luar padang itu dilihat cuba mengheret pasukan negara ke dalam polemik pentadbiran.

Pemerhati sukan berpendapat, jika benar aduan itu didalangi oleh pucuk pimpinan PSSI, ia memberi gambaran kurang sihat terhadap semangat kesukanan serantau, apatah lagi melibatkan dua negara jiran yang berkongsi sejarah panjang persaingan bola sepak.

Untuk rekod, Erick Thohir bukan figura asing dalam kancah kontroversi pentadbiran bola sepak Indonesia.

Beliau sebelum ini pernah terpalit dengan isu tadbir urus apabila memegang dua jawatan penting serentak dalam PSSI.

Tindakan beliau memegang jawatan Presiden PSSI dan dalam masa sama mengetuai Jawatankuasa Pengadil pernah mencetuskan teguran, susulan garis panduan FIFA yang tidak membenarkan pemimpin tertinggi persatuan memegang pelbagai jawatan berkaitan pengadilan.

Susulan itu, beliau pernah disarankan melepaskan salah satu jawatan bagi mengelakkan konflik kepentingan, namun Erick Thohir mempertahankan tindakannya dengan alasan mahu memantau sendiri proses pembaharuan sistem pengadilan bola sepak Indonesia.

Langkah tersebut bagaimanapun menerima kritikan banyak pihak yang melihatnya sebagai amalan pemusatan kuasa dalam satu individu, sekali gus menimbulkan persoalan tentang ketelusan dan akauntabiliti.

Pada Oktober tahun lalu, Erick Thohir sekali lagi mencetuskan polemik apabila mempertikaikan pemilihan pengadil oleh FIFA dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026.

Beliau mempersoalkan pelantikan pengadil dari negara Arab ketika skuad Indonesia berdepan Arab Saudi selepas skuad Gruda tewas 2-3 kepada Arab Saudi pada aksi pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026, sebelum dijadualkan meneruskan cabaran menentang Iraq.

Kenyataan terbuka mempertikai keputusan badan induk dunia itu menimbulkan reaksi berbelah bahagi, dengan segelintir pemerhati menyifatkannya sebagai tekanan terbuka terhadap sistem pengadilan antarabangsa.

Kini, dakwaan penglibatan beliau dalam aduan terhadap status pemain naturalisasi Malaysia pula mengundang tanda tanya sama ada pendekatan konfrontasi menjadi strategi berterusan kepimpinan PSSI di bawahnya.

Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Erick Thohir mahupun PSSI berhubung dakwaan tersebut, namun kontroversi demi kontroversi melibatkan namanya terus menguatkan persepsi bahawa beliau bukan sekadar pemerhati, sebaliknya ‘watak utama’ dalam percaturan di belakang tabir bola sepak rantau ini. – MYNEWSHUB

Tags: FAMpemain warisan
Share367Tweet229SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd