• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini
0
Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Baiduri, Banting, Kuala Langat dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.42 pagi berhubung kejadian itu.

Susulan itu, beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting serta BBP Teluk Panglima Garang membabitkan 10 pegawai dan anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi.

“Berdasarkan laporan Komander Operasi setiba di lokasi, kebakaran itu membabitkan sebuah rumah teres kelas A yang musnah 85 peratus. Dua mangsa dilaporkan terperangkap.

“Pasukan berjaya mengawal kebakaran pada jam 5.05 pagi sebelum anggota segera melakukan pencarian.

“Pada jam 6.09 pagi, seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun ditemui rentung di bilik tingkat atas.

“Seorang mangsa lelaki dalam lingkungan umur 30-an pula mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut,” katanya kepada media, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, hasil siasatan awal mendapati rumah itu dihuni 10 orang, dengan sembilan mangsa terselamat.

Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 7 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

BHonline-

Tags: kanak-kanakrentungrumah terbakar
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd