• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

oleh Mohd Arshad
15/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam kebakaran membabitkan deretan sembilan kedai di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Narinang, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 32 tahun mengalami kecederaan ketika membawa keluar ahli keluarganya sebelum api marak dan memusnahkan hampir keseluruhan bangunan berkenaan.

Isterinya yang berusia 32 tahun dan empat anak mereka masing-masing berusia 11, lapan dan lima tahun serta seorang bayi lelaki berusia sebulan, dilaporkan selamat dalam kejadian itu, manakala lelaki itu dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.32 pagi.

Beliau berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) kemudian digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 22 kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran membabitkan deretan kedai jenis separuh kekal satu blok sembilan pintu dengan keluasan kira-kira 557 meter persegi dan terbakar 95 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang kira-kira 61 meter dengan dua pancutan. Sumber air diperoleh daripada jentera dan pili bomba di luar kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Elge berkata, pili bomba berhampiran sekolah bagaimanapun tidak mempunyai tekanan air menyebabkan pasukan bomba terpaksa bergerak kira-kira tiga kilometer ke kawasan Tag Valley bagi pengisian semula air menggunakan pili bomba di tepi jalan.

Beliau berkata, semua mangsa menerima rawatan awal daripada pasukan EMRS dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mangsa yang melecur dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut.

“Operasi berjaya dikawal pada jam 7.13 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.55 pagi selepas pemeriksaan keselamatan selesai dijalankan bagi memastikan tiada lagi bahaya.

“Operasi turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), KKM dan Bomba Sukarela Pangkalan Abai,” katanya.

Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

BHonline-

Tags: Bapakebakaranmelecur
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd