• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Pegawai Kanan Jabatan Kerajaan Termasuk Ketua Pengarah Ditahan SPRM

oleh Mohd Arshad
11/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
2 Lagi Pegawai Kanan Jabatan Kerajaan Termasuk Ketua Pengarah Ditahan SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Seorang lagi ketua pengarah dan pengarah jabatan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan kedua-dua pegawai terbabit ditahan hari ini.

“Mereka ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam keterangan,” katanya dalam satu sidang media khas, di sini hari ini.

Azam menegaskan SPRM turut memantau beberapa jabatan kerajaan lain.

Beliau berkata, suruhanjaya itu tidak akan berkompromi dalam kes yang melibatkan penjawat awam kanan dan menekankan bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil tanpa mengira pangkat.

Penahanan itu dibuat susulan penelitian yang semakin meningkat terhadap amalan tadbir urus dalam beberapa institusi berkaitan kerajaan dan sektor awam.

Pada 29 Januari lalu, SPRM menahan Ketua Pengarah dan seorang Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste).

Difahamkan, kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 6.30 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dengan siasatan di bawah peruntukan Akta SPRM 2009 tertumpu kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan.

Media sebelum ini melaporkan SPRM akan memperhebatkan siasatan berhubung kegiatan pengimportan sisa elektronik (e-waste) secara haram, susulan risikan yang mendedahkan antara 2,000 hingga 3,000 kontena e-waste telah diseludup masuk ke negara ini melalui pelabuhan utama.

Malah, hasil risikan terbaharu dijalankan SPRM mendedahkan, warga asing disyaki menjadi dalang mengimport e-waste, plastik dan kertas secara haram untuk diproses bagi tujuan kitar semula, termasuk pihak berkuasa disyaki bersubahat, berkait kes pencemaran berterusan angkara e-waste dibawa masuk secara haram ke negara ini.

Susulan itu, sebanyak 16 akaun bank dilapor dibekukan membabitkan nilai kira-kira RM10.2 juta selain wang tunai bernilai RM87,000 dan barang kes bernilai kira-kira RM220,000 disita.

Terdahulu, pada 22 Januari lalu, SPRM menahan enam individu pemilik syarikat dipercayai dalang kemasukan e-waste ke dalam negara serta membekukan 14 akaun bernilai RM7.2 juta.

BHonline-

Tags: Pegawai Kanan Jabatan KerajaanSPRM
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd