• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Pahang Paling Layak Terajui FAM – Takiyuddin

oleh Mohd Arshad
dalam Sukan
0
Sultan Pahang Paling Layak Terajui FAM – Takiyuddin
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia Kelantan menyifatkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah paling layak untuk mengemudi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam usaha menyelamatkan badan induk bola sepak negara itu.

Presidennya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata pengalaman luas dimiliki baginda dalam bola sepak sebelum ini mampu memulihkan semula imej sukan dan badan berkenaan.

“Bagaimanapun terserah kepada Tuanku untuk menerima cadangan berkenaan. Saya menyokong penuh jika Tuanku mahu pimpin FAM berdasarkan pengalaman dan kemampuan yang bagus sebelum ini”.

“Melihat keadaan bola sepak hari ini tidak sama seperti dahulu. Dulu FAM dikuatkan oleh persatuan bola sepak negeri-negeri, sebaliknya hari ini persatuan bola sepak negeri dilihat sudah tidak kuat dan lebih berbentuk kelab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat khas secara tertutup kepada warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong, di sini malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan, Bekas Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar dalam satu temu bual, berkata berdasarkan pengalamannya bekerja di bawah baginda, beliau mencadangkan Sultan Pahang agar kembali menjadi presiden badan induk itu.

Saifuddin membuat cadangan berkenaan kerana beliau melihat Al-Sultan Abdullah bukan sahaja sedia mendengar pandangan pelbagai pihak, tetapi juga hanya akan membuat keputusan selepas mengadakan perbincangan dengan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) FAM.

-Berita Harian

Tags: FAMSultan Pahang
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan penjelasan berhubung...

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd