• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyakit Tibi Menular, 33 Kes Positif

oleh Mohd Arshad
06/02/2026
dalam Terkini
0
Penyakit Tibi Menular, 33 Kes Positif
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kluster Tuberkulosis atau tibi di Kota Tinggi pada 25 Januari lalu dengan 33 kes positif dikesan hasil saringan ke atas 804 kontak rapat setakat 4 Februari lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pasukan KKM kini berada di lapangan dan sedang mengambil tindakan agresif bagi membendung penularan wabak berkenaan.

“Semua pesakit yang dikesan positif telah menerima rawatan dan sedang dipantau rapi oleh pihak KKM,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Hasil carian di laman sesawang KKM mendapati bahawa penyakit tibi, yang juga dikenali sebagai batuk kering, merupakan penyakit berjangkit berpunca daripada bakteria Mycobacterium tuberculosis.

Penyakit itu merebak melalui udara apabila individu yang dijangkiti batuk, bersin atau bercakap dalam jarak dekat, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan kepada orang di sekeliling.

“Antara gejala yang sering muncul termasuk batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam, penurunan berat badan, hilang selera makan serta batuk berdarah.

“Bagi mengurangkan risiko jangkitan, orang ramai dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, mengelakkan menyentuh mata, hidung dan mulut, serta memakai pelitup muka terutama di kawasan berisiko.

“Amalan penjarakan fizikal, gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, tidur mencukupi dan menghindari tabiat merokok turut membantu meningkatkan daya tahan tubuh,” menurut info berkenaan.

Bagi individu yang disahkan menghidap Tibi, kepatuhan terhadap rawatan sepenuhnya serta janji temu susulan yang ditetapkan adalah amat penting.

KKM menyarankan agar pesakit tidak berhenti mengambil ubat tanpa nasihat doktor bagi mengelakkan komplikasi serius dan risiko penularan meningkat.

“KKM turut menegaskan bahawa antara lima hingga 10 peratus kontak rapat pesakit Tibi berisiko dijangkiti dalam tempoh dua tahun. Individu yang tinggal serumah, kerap berinteraksi rapat, berkongsi kenderaan, terlibat dalam aktiviti sosial bersama atau berada dalam organisasi yang sama dianggap berisiko tinggi.

“Justeru, orang ramai digalakkan membuat pengesanan awal melibatkan pemeriksaan klinikal, penilaian gejala, ujian kulit Tuberkulin, Ujian pelepasan interferon-gamma (IGRA) dengan persetujuan, ujian kahak serta pemeriksaan sinar-X dada, bagi membolehkan rawatan awal diberikan sebelum keadaan pesakit menjadi lebih serius,” menurut KKM.

Menurut KKM, pesakit yang disahkan dijangkiti Tibi akan menerima rawatan selama enam bulan, manakala pesakit yang disahkan menghidap Latent Tibi (LTBI) turut akan diberikan rawatan selama enam bulan.

Manakala, bagi individu yang didapati normal, mereka akan menjalani pemeriksaan susulan sebanyak empat kali dalam tempoh dua tahun.

-Harian Metro

Tags: Tibituberculosis
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

Tibi Masih Satu Beban Penyakit Utama Negara

Tibi Masih Satu Beban Penyakit Utama Negara

24/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) mahu proses pengesanan awal penyakit tuberkulosis (tibi) selain memulakan rawatan secepat mungkin, dipertingkatkan. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd