• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Suar: Sultan Selangor Titah Hukuman Maksimum, Haram Masuk Stadium

oleh Mohd Arshad
03/02/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Insiden Suar: Sultan Selangor Titah Hukuman Maksimum, Haram Masuk Stadium
Share on FacebookShare on Twitter

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan amat dukacita dan kecewa terhadap insiden membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Terengganu, yang didakwa membabitkan penyokong pasukan bola sepak Selangor FC pada Ahad lepas.

Sebagai Penaung Selangor FC, baginda turut tidak berkenan dengan budaya samseng dan gangsterisme dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan, khususnya penyokong Selangor FC.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/02/mcnoric_rizal_video_1769993793214.mp4

“Baginda mahu agar pihak polis mencari dalang di sebalik insiden itu dan sekiranya didapati bersalah, mereka yang terbabit haruslah dihukum dengan hukuman yang maksimum dan setimpal mengikut undang-undang.

“la sebagai pengajaran kepada para penyokong Selangor FC yang lain supaya insiden seumpamanya tidak berulang,” menurut kenyataan Istana Alam Shah hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan, Sultan Sharafuddin menyeru semua penyokong pasukan Selangor FC supaya sentiasa mengawal tingkah laku masing-masing serta menjaga nama baik pasukan dan negeri.

Baginda turut mencadangkan agar penyokong Selangor FC yang disabitkan kesalahan menimbulkan kekacauan diharamkan daripada memasuki stadium untuk menghadiri mana-mana perlawanan membabitkan pasukan itu.

Semalam, 33 penyokong Selangor FC direman bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang dicetuskan di jambatan tersebut pada Ahad lepas.

Kejadian kira-kira 6.30 petang itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super melibatkan Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor memaklumkan mereka antara kira-kira 400 penyokong yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, malam tadi, bagi menjalani saringan air kencing.- Bernama

Tags: Selangor FC
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ketika pemilik pasukan memiliki akses istimewa, khas dan premium di stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak namun pemilik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd